Saturday, October 30, 2010

Sejarah yang tidak pernah ditulis(Drunk before dawn)



  •      Kalau kamu( tanganak wagu dan sumandak sekalian) pernah bertanya mengapa dan bagaimana ibu- bapa anda percaya kepada Yesus Kristus terutamanya orang di pendalaman Sabah atau Sarawak. Ketahuilah hari ini bahawa, sebenarnya tidak lama dahulu "revival" atau "transformasi" telah berlaku di sana. 
  •      Sejarah yang tidak pernah kita ketahui dan tidak mungkin akan ditutulis di buku sejarah sekolah kita. Namun ibubapa atau nenek moyang kita telah mengalaminya.
  •     Sebelum Southwell dan rakan-rakannya yang lain melakukan kerja penginjilan di suku Lun Bawang, suku tersebut mengalami masalah pergaduhan dan penyakit kulit juga akibat terlampau ketagih dengan burak(sejenis minuman keras diperbuat daripada beras).Mereka minum untuk menunjukkan apa yang kegagahan mereka, meraikan perkahwinan atau misi "headhunter" yang berjaya. (Ada kesaksian yang mengatakan bahawa dia pernah mabuk selama 180 hari!!).
  •   Akibatnya, jumlah mereka berkurang daripada 17000(tahun 1900) ke 3000(1905)!Ramai keluarga yang hancur dan hidup mereka diambang kepupusan! Namun demikian, Tuhan telah menghantar penginjil(Southwell dan rakannya) untuk memberi mesej kepada mereka bahawa di dalam Tuhan ada kuasa perubahan,harapan, pemulihan dan kasih. 
  •      Apabila mereka menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan juruselamat mereka, kehidupan mereka mulai berubah. Ramai yang meninggalkan burak dan hasilnya masih ada suku tersebut di masa kini. Sesungguhnya,  tanpa kasih Tuhan, tidak mungkin mereka dapat melepaskan diri daripada burak.
  •           Perkara yang sama sebenarnya berlaku juga kepada orang- orang dusun di Sabah Kg Kiau, Kota Belud etc..
  •       Mari tanganak wagu dan sumandak sekalian, kita ingati sejarah kita kerana siapa yang tidak mengingati sejarah akan mengulanginya.


Dalam Yesus Kristus ada kuasa pemulihan

1 comment:

Miki Aya said...

bah, kada kama logop kopio oi tanak wagu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...