Monday, October 25, 2010

Lampu isyarat Tuhan


  1. Kenapa lampu isyarat kebiasaannya mempunyai 3 warna? Apakah boleh kalau 2 saja atau 5 atau 10? Ada hikmat Tuhan di sebalik segala sesuatu di muka bumi ini. Apakah hikmat yang Tuhan cuba ajarkan melalui lampu isyarat?
  2. Ada tertulis "mintalah maka akan diberikan kepadamu,carilah maka kamu akan mendapat, ketuklah maka pintu akan dibukakan bagimu"
  3. Mungkin kita tertanya-tanya adakah selama ini Tuhan menjawab doa-doa saya? Atau lebih dashyat lagi,apabila kita tidak mendapat apa yang kita mahukan,kita menuduh Tuhan tidak mendengarnya dan mulai meninggalkannya??
  4. Kenyataannya, apabila kita berdoa, Tuhan akan menunjukkan "lampu isyaratya". Lampu isyarat Tuhan adalah
  • TIDAK
  • TUNGGU DULU
  • YA
  1. Apabila Dia mengatakan tidak, kita tidak mendapat kerana Dia ada rancangan yang lebih baik untuk kita.
  2. Apabila Dia mengatakan tunggu dulu, Dia mengajar kita untuk bersabar dan berharap kepadaNya.
  3. Apabila Dia mengatakan Ya, rancangan itu adalah baik. Lalu Dia mengabulkan permintaan kita itu.



KESAKSIAN SINGKAT
Beberapa bulan lalu, ketika cuti musim panas, saya mulai mencari kerja part time di Osaka.
Saya sempat berdoa kepada Tuhan. Gajinya cukup tinggi. Dengan keyakinan yang tinggi saya pergi ke sana dan inteview. Apabila mereka menghubungi saya kembali, saya merasa sangat kecewa kerana tidak mendapat kerja tersebut. Apabila saya menelefon ke kedai-kedai untuk mencari kerja, saya juga ditolak begitu sahaja. Kegagalan juga saya temui ketika interview untuk kedai "family mart(convinience store yang famous di Jepun). Perasaan kecewa sangat menguasai diri saya. Oleh itu, ketika itu saya memutuskan untuk ke Tokyo, Nara, Kobe dengan kawan- kawan saya juga yang juga sedang belajar(JAD) Jepun(aktiviti musim panas). Tanpa disangka-sangka ketika di Tokyo, seorang senpai memberikan saya 1 nombor telefon untuk kerja part time. Apabila saya menelefon kilang tersebut, saya terus diterima masuk. Kilang itu juga sangat dekat dengan rumah saya. Betapa baik dan bijaknya Tuhan.

Jadi, hikmatnya adalah apabila ketika berdoa,ingatlah lampu isyarat Tuhan.

apabila kita berserah kepadaNya, kita dipimpin ke jalan yang benar dalam kehidupan kita

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...